Pages

Sunday, December 8, 2013

MacamNakPergiJer - Tashirojima Pulau Kucing Asia (12)

Selamat datang ke Pulau Kucing Tashirojima Jepun.Pada tahun 1950, lebih seribu orang tinggal di pulau itu. Kini, terdapat kira-kira seratus orang, dengan majoriti mereka berumur 70-an.

Kucing, bagaimanapun, membiak dengan cepat di pulau itu dan nampaknya telah melebihi jumlah penduduk tempatan. Anjing dilarang sama sekali dibawa masuk ke Tashirojima dan penduduk tempatan yang memberi makan kucing-kucing di pulau ini mempercayai mereka membawa nasib yang baik.Sektor pelancongan Tashirojima juga telah berkembang pesat dengan kehadiran ribuan pelancong yang melawat pulau ini hanya untuk melihat kucing-kucing.

Baru-baru ini, satu lagi pulau kucing yang dikenali Aoshima di wilayah Ehime Jepun, telah menjadi popular selepas seorang pengguna Twitter, Kolmetoista memuat naik gambar kucing yang mendiami pulau itu. Hanya enam belas orang penduduk hidup di Aoshima dan ini bermakna sekali lagi kucing melebihi jumlah penduduk sama seperti Tashirojima.





                










Source

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search Around The World